Tempat Yang Indah dan Menakjubkan, Pelancong ke Tasik Baikal begitu tertawan sehingga tidak melelapkan mata selama 3 hari!



Bagai syurga di atas bumi! Para pelancong ke Tasik Baikal begitu tertawan sehingga tidak melelapkan mata selama 3 hari!

Tasik Baikal di Rusia merupakan tasik tertua di dunia – 25 juta tahun! Tasik ini juga merupakan tasik ke-7 terbesar di seluruh dunia.

Tasik Baikal yang mengalami 4 musim ini memiliki pemandangan yang mengasyikkan sepanjang tahun. Pada musim sejuk sekalipun, pemandangannya tidak kurang menakjubkan!

Seorang jurugambar dan rakan-rakannya yang melancong di Tasik Baikal berkata bahawa mereka tidak pernah melihat pemandangan yang begitu agung dan mempersonakan bak mimpi. Mereka begitu teruja sehingga tidak melelapkan mata selama 3 hari!

Sebaik sahaja mereka tiba di Tasik Baikal, mereka pegun melihat pemandangan indah yang terbentang luas.

Panjang Tasik Baikal mencecah 600km – menyerupai sebuah laut – sementara ketebalan lapisan ais yang terbentuk di atas tasik ini mencecah 1.5 hingga 2 meter



Oleh sebab Tasik Baikal membeku secara berlapis-lapis, kawasan yang berlainan memperlihatkan corak yang berbeza


Jika anda bertuah, anda boleh melihat hidupan yang telah membeku bersama air tasik!


Air Tasik Baikal yang jernih menyebabkan ais yang terbentuk bersifat lutsinar justeru boleh melihat ke dalam tasik – ikan, batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi


Tasik Baikal juga merupakan tasik paling dalam di dunia – 1637 meter! 20% daripada air tasik dan sungai air tawar di dunia terkandung di dalam tasik ini



Ramai pelancong meluncur dan berbasikal di atas Tasik Baikal


Retakan pada permukaan ais pula membolehkan hidupan di dalam tasik hidup


Tasik Baikal telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1996 dan digelar “Mutiara Siberia”

Post a Comment

0 Comments