Seorang jurugambar kreatif dari Singapura, Jayden Tan, menggunakan barangan harian di dalam karya fotografi beliau.
Ianya bertujuan untuk menggabungkan elemen-elemen masyarakat Singapura ke dalam hasil seni yang dihasilkan.
Di sini kami kumpulkan beberapa imej yang dihasilkan Jayden menampilkan seorang peragawati yang memperagakan barang-barang kebiasaan yang diguna pakai penduduk negara jiran itu.
Menurut jurugambar tersebut, album yang bertajuk ‘Char Bor’ ini mendapat inspirasi daripada seorang jurugambar dari Holland bernama Hendrik Kersten dan juga daripada sebuah hasil karya abad ke-17 bertajuk “Girl with a pearl earring”.
Selepas foto-foto bersumberkan barangan harian ini dimuatnaikkan ke akaun Facebook beliau, ianya mendapat sambutan hangat daripada ramai pengguna internet yang mengagumi hasil kreativiti beliau.
Dan bukanlah ia menjadi sesuatu yang memusykilkan apabila objek-objek yang diguna pakai ini sangat sinonim juga dengan barangan harian yang digunakan oleh kita rakyat Malaysia.
Sekiranya anda sudah kehabisan idea bagaimana untuk mengikat tudung
Tali rafia mempunyai banyak kegunaan
Beg plastik seperti ini sering dipakai sewaktu hujan
Rotan bulu ayam ini pasti anda ingat
Kertas pembalut yang sering digunakan untuk membalut nasi lemak






0 Comments