10 Pancuran Air Yang Paling Cantik dan Gempak Dari Seluruh Dunia




Air bukan sahaja penting sebagai keperluan asas, tetapi air merupakan alam semulajadi yang indah. Air terjun, sungai dan pantai merupakan antara destinasi pelancongan yang menjadi tarikan kerana keindahannya. Begitu juga dengan air pancut. Air pancut ialah struktur seni bina yang mengeluarkan air ke dalam tadahan.

Oleh itu, Era Baru akan menyediakan 10 air pancut yang terbaik di serata dunia untuk berkongsi bersama anda.

1. Nine Floating Fountains



Air pancut ini dibina di Osaka, Jepun untuk satu ekspo dunia. Ia dibina pada tahun 1970 oleh Isamu Noguchi. Rekaannya seolah-olah air itu terapung oleh sesuatu objek. Magik, bukan?

2.Magic Tap Fountains



Terdapat banyak rekaan air pancut yang terapung tetapi rekaan ini amat menarik kerana seperti sebuah paip gergasi. Rekaan ini juga seolah-olah terapung dengan objek yang tidak kelihatan. Sebenarnya, paip besar ini disokong oleh gelas kaca yang lut sinar. Gambar di bawah merupakan air pancut di Ypres, Belgium. Kini terdapat banyak negara yang membina air pancutan seperti paip.

3.La Joute Fountain



Bahasa Inggeris membawa maksud “The Joust” iaitu kebersamaan atau perhubungan. Dibina pada tahun 1969 di sebuah bandar Montreal, Perancis . Air pancut ini diserikan lagi dengan pertunjukan air yang diikuti api-api kecil mengelilingi kawasan ini. Cukup menarik dan hebat rekaan daripada Perancis ini.

4.The Magic Fountain of Montjuïc



Air pancut ini sangat indah. Dibina berhadapan dengan Istana Diraja Barcelona sebagai hadiah untuk raja sewaktu hari pertabalannya. Rekaannya mempunyai ribuan tan air untuk dipam dan dipancutkan dengan 3000 kuasa kuda. Setiap petang, air pancut ini akan mempersembahkan keistimewaannya. Gabungan lampu dan air yang indah menjadikan air pancut ini terkenal di seluruh dunia.

5. Vortex Water Fountain



Rekaan ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Air di dalamnya boleh berpusing seperti puting beliung. Rekaan kecil ini sesuai jika diletakkan di kawasan rumah anda. Jika lampu dipasang pada seni bina ini, sudah pasti akan menjadi lebih hebat.

6.The Swarovski Crystal Head Fountain



Rekaan menarik ini ditemui di Austria. Ditempatkan di pintu masuk Swarovski’s Crystal World,Innsbuck, Austria. Tempat ini merupakan muzium yang mempunyai pelbagai pameran kristal yang cantik dan menarik. Gambar di bawah menunjukkan struktur rekaan air pancut ini yang bercirikan wajah seorang manusia.

7. The Fountains of Bellagio


Sesiapa sahaja  melihat air pancut ini pasti akan terpesona. Peruntukan untuk membina air pancutan ini adalah sebanyak 40 million dollar. Air pancut yang dibina di Las Vegas ini memerlukan 39 jurutera yang mahir berskuba dilantik untuk menjaga penyelenggaraannya.  Bukan itu sahaja, airnya boleh dipancut setinggi tingkat 24 sesebuah bangunan.

8.Fountain of Wealth


Air pancut yang dibina di Singapura ini merupakan air pancut terbesar di dunia mengikut Guinness World Record. Seluas 1683 meter persegi, air boleh memancut setinggi 13 meter sahaja. Menariknya, rekaan ini dibina dengan menggunakan konsep feng shui yang membawa makna kekayaan, seperti namanya. Persembahannya diiringi oleh muzik dan lampu laser.

9.Banpo Bridge Rainbow Fountain



Penuh dengan warna-warni dan gabungan teknologi yang canggih membuatkan Moonlight Rainbow Fountain sangat terkenal. Ia bertempat di Seoul, Korea Selatan. Warna-warni daripada pancutan air ini adalah daripada penggunaan 10000 lampu LED yang akan memancut mengikut rentak muzik. Sangat sesuai jika dapat membawa ahli keluarga ke tempat ini.

10.Vaillancourt Fountain



Rekaanya agak menghairankan. Sekali tengok nampak pelik. Tetapi, air pancut ini mempunyai keunikannya tersendiri. Dibina sekitar tahun 1970-an di sebuah galeri seni di San Francisco. Rekaan yang terdapat pada air pancutan ini merupakan lambang kemerdekaan, juga dikenali sebagai Quebec Libre Foundation.

Post a Comment

0 Comments