Pernahkah anda melancong ke sebuah tempat yang begitu terkenal namun kecewa apabila sampai? Jauh benar perbezaannya dengan gambar, bukan? Berikut ialah 10 “syurga pelancong” yang diuar-uarkan namun gambar-gambar ini mendedahkan realiti di sebaliknya.
1.Tembok Besar China
Wah, cantiknya pemandangan Tembok Besar China. Kalaulah saya dapat bergambar bersendirian di sini.
Tapi realitinya…Hendak jalan pun susah!
2.Menara Condong Pisa
Seronok juga bergambar sambil “menyokong Menara Condong Pisa daripada runtuh”.
Tapi, bukan seorang pelancong sahaja yang hendak bergambar begitu. Semua orang sedang “bersenam” di situ.
3.Potret Mona Lisa yang agung di Muzium Louvre
Tapi anda hanya dapat melihatnya jika daya penglihatan anda cukup tajam.
4.Menara Eiffel di Paris
Semestinya romantik jika berpiknik di atas rumput yang terbentang luas di hadapan Menara Eiffel.
Jangankan piknik romantik, kalau anda berjaya mencari tempat duduk di atas rumput, ini sudah dikira hebat.
5.Pantai di Maldives
Ah, mesti indah pemandangannya! Tapi realitinya…
Berbanding laut biru luas yang jernih, longgokan sampah lebih menonjol di tepi pantai.
6.Grand Canal, Venice
Macam seronok tapi…
Eh, sesak jalanlah pula!
7.Pantai di Brazil
Mesti seronok kalau berjemur di sini atau bina istana pasir, kan?
Tapi ramainya orang!
8.Santorini, Yunani (Greece)
Cantiknya kontras biru laut dan putih bangunan. Mesti cantik kalau bergambar di atas bangunan.
Tapi, sukar hendak naik ke atas bangunan kerana sesak!
9.Makam Taj Mahal di India
Menakjubkan – Umpama syurga di atas bumi!
Rupa-rupanya indah khabar daripada rupa.
10.Gurun Mesir
Mesti ramai yang mengimpikan senario menunggang unta di tengah-tengah gurun yang luas, kan?
Tapi, semua yang ke Mesir mesti berkumpul di Piramid Mesir dan bukannya di tengah-tengah gurun.
Nama “syurga pelancong”, semestinya sesak dengan pelancong!





















0 Comments