GEMPA bumi sederhana berukuran 5.2 skala Richter yang berpusat dekat Gunung Kinabalu di Ranau pada 9.06 malam tadi disahkan sebagai gegaran baru.
Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Felix Tongkul berkata, ia bukan gempa susulan selepas gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter yang juga berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015.
“Gempa susulan selepas gempa bumi pada 2015 lalu sudah habis kerana tiada gegaran direkodkan dalam tempoh yang agak lama. Jadi ini adalah gegaran baru.
Kejadian gempa yang terbaru ini mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Walaupun begitu, masih terdapat mereka yang tidak sensitif terhadap apa yang berlaku.
Seorang Netizen tidak tahan dengan reaksi sesetengah netizen lalu membuat satu statement pedas yang membuatkan mereka semua tergamam
Ini merupakan intipati post beliau:-
“Gempa bumi pun nak kecoh”
“Japan yg gempa bumi lebih kuat dari ini pun tidak kecoh macam kamu org”
“Gegaran malam jumaat” (dan disertai dgn komen2 xxx.)
Ini adalah antara Status FB yg saya baca di FB yg sy tidak tahu dorang ni joking ker mocking ker whatever king lah... but they don’t realise that people in Sabah especially in Ranau-KB masih lagi terkesan dengan kejadian gempa di Ranau pada 5/6/2015. We were affected physically, mentally, harta benda and paling dahsyat adalah kehilangan nyawa beberapa org tersayang termasuk tourists.
And don’t compare Sabah dgn Japan coz they are 2 different state and country yg mana Sabah is not along in the Ring of Fire. (Malas mau lecture pasal geography. Pigi kamu baca sendiri lah) But yes Sabah terletak di active fault lines and that’s why ada kejadian gempa. (Further reading needed and sendiri pg baca bla bla bla). So, We (in Sabah especially) don’t usually experience earthquake compared to Japan. Japanese dah experience earthquake maybe like thousands time!! Dan mereka sdh biasa and well equipped and educated pasal gempa bumi. Kalau di Sabah, gempa bumi berlaku sangat kerap just recently since 2015 (or maybe dulu dulu lg but tdk direkodkan or tdk aware) especially in Ranau-KB area. Education and equipment utk Earthquake tdk setaraf dgn Japan. Some of them are still in trauma and some of them masih terkesan dgn kehilangan org tersayang. Kejadian gempa bumi pada tahun 2015 masih fresh di semua ingatan semua orang especially di Ranau-KB.
So gaissss... plz be more considerate or at least ada empathy la dalam diri kamu tu. We (espcially Ranau and KB punya orang) are still trying to move on and some of us masih lg dalam proses membaik pulih kerosakan harta benda sejak 2015 earthquake Saga. It leaves a huge impact on emosi, social, mental, financially and etc!! So, Before u gaissss buat joke ka mocking ka, please fikir dulu lah aa. Sighh. U guys just dont understand.
Kejadian gempa tahun lalu yang mengorbankan banyak nyawa masih terpahat di ingatan Masyarakat Sabah. Trauma kejadian tersebut masih terpahat di ingatan Masyarakat. Apa-apa pun kita doakan agar semua selamat.
Sumber: https://www.facebook.com/joel.jewel/posts/10213332267594254
Facebook: Joel Jewel



0 Comments