Kita semua dilahirkan berbeza. Mengapa harus malu jika terdapat kekurangan pada diri. Kalau korang nak tahu, terdapat banyak model yang mempunyai banyak kekurangan namun mereka berjaya dalam bidang mereka. Model seperti Winnie Harlow atau Nikia Pheonix merupakan salah satu contoh bahawa anda tidak harus merasa kekurangan diri sebagai satu halangan.
Ini merupakan 9 Model Yang Membuktikan Bahawa Kekurangan Diri Tak Menghalang Mereka Dari Mencapai Impian
1. Winnie Harlow
Model dari Kanada bernama Chantelle Brown-Young ini merupakan inspirasi kepada semua. Dia menghidap penyakit yang dipanggil sebagai Vitiligo. Namun, itu tidak menghalang Chantelle untuk menjadi model yang terkenal. Warna Kulitnya sering di salah anggap sebagai makeup. Winnie melibatkan diri dalam Minggu Fesyen dan pernah berlakon dalam Music Video lagu Guts over Fear, Eminem dan Sia.
2. Thando Hopa
Thando merupakan seorang yang berpenyakit Albino, namun ia tidak melemahkan semangatnya untuk kekal aktif dalam dunia Peragaan. Thando cuma melibatkan diri dengan Iklan komersial Vichy's dan mulai dari itu kekal aktif dengan projek projek yang lain. Walaupun begitu, Thando tidak sepenuhnya menumpukan kerjaya dalam bidang peragaan. Dia merupakan salah satu peguam dalam bidang Perlindungan Hak Asasi Manusia di Afrika.
3. Nikia Pheonix
Model Amerika Syarikat, Nikia Pheonix menjadi perhatian disebabkan kulit yang yang sedikit gelap dan dipenuhi dengan bintik bintik pada kulit (freckles). Dia pertama dijumpai oleh seorang yang berkerja di sebuah syarikat pakaian, Alternative Apparel dan pada masa itu sedang singgah di sebuah kedai untuk mendapatkan Segelas Kopi. Nikia menjadi muka depan bagi kempen Iklan Coca-Cola dan Target.
4. Harnaam Kaur
Perempuan muda British ini (keturunan india) telah di diagnos dengan penyakit Polycystic Ovary Sindrom pada umur 11 tahun. Penyakit ini menyebabkan pertumbuhan bulu yang cepat di tempat seperti muka. Harnaam cuba untuk membuang bulu-bulu tersebut tetapi usahanya gagal dan bulu semakin lebat tumbuh. Pada umur 16 tahun, dia telah mengikut Sikhs, salah satu yang perlu diikut di dalam sikh ialah tidak boleh membuang bulu. Kisahnya itu telah mendapat perhatian penganjur-penganjur fesyen dan Kaur telah di latih sebagai model. Harnaam telah menjadi muka depan kepada Jenama produk kecantikan, Illamasqua Cosmetics.
5 Viktoria Modesta
Viktoria Modesta merupakan seorang penyanyi dan model yang lahir di bandar Daugavpils (Latvia.) Viktoria mempunyai masalah pada kaki kanan sejak kecil dan setelah 15 pembedahan yang gagal menyembuhkan kakinya itu, dia telah memutuskan kakinya itu di potong. Beliau memberitahu bahawa dia lebih konfiden walaupun dengan kekurangan tersebut dan mengalakkan orang lain supaya lebih konfiden walaupun mengalami kekurangan fizikal.
6. Madeline Stuart
Perempuan berasal dari Brisbane, Australia mendapat perhatian media apabila dia berkongsi kisahnya menurunkan berat badan di laman sosial. Madeline mempunyai berat berlebihan ketika masih kecil disebabkan oleh penyakit Down Syndrome. Sesiapa yang menghidap Down Syndrome selalu dikaitkan dengan kenaikan berat badan. Namun, Madeline cuba sedaya upaya untuk menurunkan berat badannya. Orang kagum dengan usahanya untuk menurunkan berat badan yang pada masa yang sama menghidap down syndrome. Cerita Madeline menjadi tular dan beberapa bulan kemudian, Madeline mendapat tawaran yang banyak dari pelbagai Jenama fesyen terkenal. Madeline menjadi duta jenama Manifesta dan everMaya yang bertujuan merubah persepsi masyarakat terhadap mereka yang menghidap Down synrome.
7. Hanne Gaby Odiele
Hanna Gaby Odiela merupakan Model Belgium dengan muka yang unik. Hanna mempunyai dahi yang luas dan muka yang berbentuk segi empat. Dia telah memperagakan Koleksi Aksesori Valentino, terlibat dengan Mulberry, Balenciaga dan Vera Wang.
8. Jamie Bochert
Walaupun sudah berumur lebih 30 tahun, ini tidak menghalang Jamie untuk menjadi duta kepada Givenchy, terlibat dengan persembahan Versace dan berkahwin dengan pelakon Micheal Pitt. Jamie mempunyai muka yang kurus, panjang, hidung yang panjang dan mata coklat yang besar. Walaupun mempunyai kekurangan, dia tetap berjaya di dalam kerjayanya sebagai Model.
9. Khoupia Diop and Lola Chuil
Kedua-dua mereka ini merupakan model berkulit hitam. Khoupia Diop merupakan model dari Senegal dan dikatakan mempunyai kulit paling gelap di dunia. Disebabkan oleh warna kulitnya itu, dia mendapat nama samaran "Melanin Goddess"
Seorang lagi Model yang mempunyai warna Kulit yang sangat unik ialah Lola Chuil. Lola Chuil merupakan model berusia 16 tahun yang terkenal dengan kehalusan kulit walaupun kulitnya hitam. Lola tinggal di Los Angeles dan Masih bersekolah.











0 Comments