Tikus merupakan haiwan kecil yang berbulu dan dianggap comel bagi sesetengah orang. Namun bagi sesetengah individu kehadiran tikus di dalam rumah pasti membuatkan anda merasa tidak selesa dan menjijikan kerana bakteria yang ditinggalkan oleh haiwan perosak ini sangat berbahaya.
Dari segi kesihatan, penyakit yang dibawa oleh tikus ini contohnya seperti kencing tikus boleh meragut nyawa. Anda harus tahu, kehadiran tikus ke dalam rumah selalu bukanlah seekor demi seekor tetapi berkumpulan terutama jika rumah anda memberikan keselesaan kepadanya.
Berikut adalah petua-petua untuk menghalau tikus dari rumah:
1. Daun pandan
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.
2. Daun semambu
Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.
3. Jering
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.
4. Serbuk lada hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.
5. Buah mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.
6. Uncang Teh Peppermint
Peppermint yang terdapat pada uncang teh tersebut akan menyebabkan kegatalan pada hidung tikus lalu membuatkan deria baunya terganggu dan merasa tidak selesa.
7. Perangkap Tikus
Cara paling biasa orang guna, beli perangkap tikus dan letakkan di tempat yang korang rasa banyak tikus. Letakkan umpan seperti ikan masin atau sisa makanan dan biarkan semalaman. Lakukan tangkapan sekerap mungkin.
8. Kulit Durian
Letakkan Kulit durian di kawasan tikus berada kerana tikus tidak suka dengan bau durian yang tajam
9. Serai wangi
Serai wangi sering digunakan untuk menghalau haiwan atau serangga perosak termasuklah tikus
Bonus: Kucing











0 Comments