8 Petanda Menunjukkan Kamu Sihat Walaupun Kamu Tak Sedar



True Health Initiative merupakan satu organisasi berkaitan kesihatan antara terkenal di dunia. Doktor yang bekerja di organisasi itu berusaha untuk mengurangkan masalah kesihatan dengan melakukan kajian. Menurut doktor, mereka yang menumpukan terlalu banyak perhatian kepada kesihatan adalah mereka yang kerap mendapat penyakit. 

Ini merupakan 8 Petanda Menunjukkan Kamu Sihat Walaupun Yang Tidak Kamu Sedar

1. Makan Sebelum Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang'



Jikalau kamu tidak makan berlebihan, ini merupakan petanda baik tentang kesihatan kamu.

2. Diet yang Sihat

Makan pelbagai jenis makanan tetapi tidak terlalu banyak. Yang paling penting, tidak gemar memakan makanan ringan atau minuman bergas.

3. Makan Ikut Kemampuan



Jikalau kamu faham kehendak badan, kamu tahu bila badan kamu suruh berhenti. Membazir bukan satu amalan yang baik tetapi jika badan kamu rasa dah kenyang, berhentilah. 

4. Naik Tangga dan Masih bernafas dengan baik



Ini merupakan indikasi kepada kesihatan seseorang. Jikalau kamu mampu untuk naik tangga dan masih bernafas dengan normal maksudnya kesihatan fizikal kamu masih dalam keadaan yang baik.

5. Merasa pelbagai emosi -Marah, sedih, gembira



Secara psikologi, mereka yang merasa kesemua emosi ini dalam kehidupan seharian merupakan seorang yang sihat mental. Ini kerana kesemua emosi ini adalah normal dan penting untuk mental.

Kita kena sedar bahawa kesemua emosi ini tidak tetap dan akan berubah-ubah. Mereka yang sering marah merupakan tanda bahawa orang itu dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Begitu juga dengan emosi yang lainnya.

6. Bangun Awal Pagi Tanpa Jam Penggera



Jikalau kamu mampu untuk bangun awal pagi tanpa Jam penggera, itu menunjukkan bahawa kamu mempunyai kondisi fizikal dan mental yang sihat.

7. Ambil Masa Untuk Tidur



Memang pada masa masa tertentu badan penat dan memerlukan tidur. Namun, jikalau kamu tertidur dengan cepat setiap hari, itu menunjukkan kamu dalam keadaan yang tidak sihat. Menurut saintis, cara normal untuk tidur ialah mengambil 10-20 minit sebelum betul betul tertidur. Ini kerana tidur merupakan proses yang tenang dan perlahan.

8. Mempunyai Tenaga Yang Cukup



Bagi individu yang berkerja, kitaran tidur-makan-kerja dan makan merupakan rutin harian. Tidak lupa juga kepada mereka yang bekerja surirumah atau bekerja sendiri. Jikalau kamu masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti seperti bermain dengan anak, berjumpa dengan kawan dan sebagainya setelah habis kerja. Ini menunjukkan secara fizikal badan masih sihat untuk memenuhi kehendak harian.





Post a Comment

0 Comments