Semua orang tahu yang bagasi atau beg yang dibawa mesti melalui X ray dan digeladah apabila melalui kastam. Walaupun begitu masih terdapat manusia yang cuba menyeludup barang-barang pelik menerusi kastam.
Ini merupakan 8 Benda Pelik Yang Orang Pernah Seludup Menerusi Kastam
1. Tulang manusia
Pada tahun 2006 seorang wanita kembali ke Amerika Syarikat dari Haiti ditangkap kerana membawa tulang manusia dimana tulang itu masih mempunyai rambut, cebisan kulit dan gigi. Perempuan itu memerlukan tulang itu untuk membuat ritual voodoo.
2. Duit Di Dalam Pastri
Pihak Kastam Jerman telah berjaya menangkap sejumlah duit yang banyak disorokkan di dalam makanan. Duit itu dikatakan duit haram dari skim Money Laundering.
3. Gergaji Rantai
Jangan korang ingat takda orang bawa Gergaji Rantai naik kapal. Pada tahun 2012, seorang lelaki cuba membawa Gergaji rantai ke dalam kapal. Dia masih dibenarkan untuk bawa gergaji rantai itu tapi gas yang ada di dalam telah
dirampas.
4. Patung Mesir Purba
Sebuah patung Mesir purba berusia 3000 tahun telah dijumpai oleh pihak kastam di Miami. Patung itu dihantar oleh kapal kontena dari Sepanyol. Apabila tuan punya barang itu tidak dapat mengemukakan bukti barang itu kepunyaannya, patung itu kemudiannya di kembalikan ke mesir. Pihak mesir mendapati bahawa patung itu telah dicuri 125 tahun lalu.
5. Armadillo
Pada tahun 2004, pihak kastam australia merampas seekor amadillo yang dipakaikan dengan topi koboi yang kecil. Ini kerana Australia mempunyai undang-undang yang ketat tentang pemindahan hidupan liar terutama binatang terancam.
6. Kepala Anjing Laut
Seorang guru biologi telah ditangkap membawa kepala anjing laut. Guru itu terlihat anjing laut yang telah mati di sebuah pantai dan membawa kepalanya atas tujuan kajian. Dia dibenarkan untuk naik penerbangannya itu tetapi kepala anjing laut itut telah dirampas
7. Seluar yang Penuh Dengan Burung Merpati
Pada tahun 2009, seorang warga Australia ditangkap menyeludup burung merpati yang disorokkan di dalam seluarnya. Seorang lagi telah ditangkap pada tahun yang sama atas sebab yang sama tetapi lebih banyak burung. 18 burung exotic disorokkan di poket seluarnya dan poket poket khas yang dijahit sendiri.
8. Anak Harimau
Seorang perempuan cuba untuk menyeludup anak harimau dalam penerbangan dari Bangkok ke Iran. Perempuan itu membawa bagasi yang lebih besar dari biasa. apabila beg itu discan, kelihatan seperti ada barang serupa dengan kucing bersama dengan barang-barang lain. Ternyata, barang yang disangka kucing itu merupakan seekor anak harimau yang berusia 2 bulan Anak harimau itu dikatakan dijual lebih 3000 dollar di Black market di Iran kerana binatang peliharaan eksotic merupakan satu lambang status di negara itu.









0 Comments