18 Haiwan Bersaiz Luarbiasa Yang Korang Tak Sangka Wujud



Gergasi' dan 'raksasa', dua perkataan yang banyak digunakan dalam gambar-gambar berikut. Sesuai dengan saiz binatang-binatang ini.

Ini merupakan 18 Haiwan Bersaiz Luarbiasa Yang Korang Tak Sangka Wujud

1. Kumbang Titan


Kumbang Titan boleh membesar sehingga panjang 6.5 inci (16.7 cm), namun ia bukanlah spesies kumbang terpanjang kerana gelaran tersebut milik kumbang Hercules.  Walaubagaimanapun, kumbang Titan mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding kumbang Hercules di samping si Hercules memiliki tanduk yang panjang, memberi kelebihan dari segi panjang keseluruhan.

2.Cengkerik



Cengkerik gergasi ini dijumpai di sebuah pulau kecil di luar pantai New Zealand. Saiznya cukup besar dan dilihat sedang memakan lobak merah.

3.Hunstsman Spider


Labah-labah pemburu gergasi atau giant huntsman spider (heteropoda maxima, dari maximus, yang bermaksud "terbesar") dianggap sebagai labah-labah terbesar di dunia (termasuk saiz bukaan kaki). Banyak menghabiskan masanya di dalam gua dan spesies ini ditemui di Laos pada tahun 2001.

4.Siput Babi Gergasi


Siput babi ini dijumpai di bahagian Afrika Timur. Panjangnya boleh mencecah sehingga 8 inci.

5.Great Flying Fox


Kelawar great flying fox boleh dijumpai di kawasan-kawasan tanah rendah New Guinea. Mampu mencecah berat 1.45 kg (3.2 paun), ia adalah antara kelawar terbesar di dunia. Nampak menakutkan tetapi ia sebenarnya "jinak" dan tidak segan silu bertenggek di depan orang ramai.

6.Tikus Gergasi

Kunjungan seekor tikus gergasi pada Januari 2012 ke kedai barangan sukan Foot Locker di New York, Amerika Syarikat tidak disambut baik oleh pekerja kedai. Ia telah dibunuh di tempat kejadian.

7.Arnab


Arnab dari baka Flemish Giant di samping seekor anjing dari baka Sheltie. Tidak pelik jika arnab ini seberat 10 kg, malah ada yang hampir mencecah 23 kg.

8.Anjing Baka Great Dane


Giant George, nama seekor anjing dari baka Great Dane. Pernah dinobatkan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai Anjing Paling Tinggi Di Dunia dari 22 Februari 2010 – 13 September 2012 dengan ketinggian 110 cm. Beratnya ialah 110 kg dan ia disahkan mati pada 17 Oktober 2013.

9.Katak Goliath


Boleh ditemui di Cameroon, katak Goliath ialah katak terbesar yang wujud di muka bumi. Mampu mencapai usia sehingga 15 tahun dan berat 3 kg, habitatnya yang semakin diteroka menyebabkan bilangannya semakin berkurangan.

10.Katak Beracun


Cane toad, bufo marinus ialah katak besar yang beracun. Katak yang asalnya terdapat di bahagian Amerika Selatan dan Amerika Tengah ini juga dikenali sebagai marine toad. Di Australia, kehadirannya dianggap mengganggu ekosistem hidupan liar semula jadi lain. Kulitnya yang beracun menyebabkan bilangan pemangsanya sedikit.

11.Salamander


Salamander ialah sejenis binatang yang rupanya seakan-akan cicak tetapi lebih besar. Ia boleh hidup di darat dan juga di air. Kebanyakan amfibia ini berukuran di antara 10 - 20 cm (3.9 - 7.9 inci) panjang melainkan Chinese giant salamander yang mampu mencecah 1.8 m (5.9 kaki) panjang dan 65 kg (140 paun) berat. Apa beza antara salamander dan biawak? Biawak ialah sejenis reptilia.

12.Ikan Pari


Ikan pari air tawar raksasa ini boleh mencapai berat sehingga 1300 paun (590 kg) dan dianggap terancam di kebanyakan sungai di Asia.

13.Ikan Keli gergasi


Ikan keli gergasi Mekong pernah dicatatkan sehingga 10.5 kaki (3.2 m) panjang dan 660 lb (300 kg) berat. Ikan keli spesies ini tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness sebagai Ikan Air Tawar Terbesar Di Dunia. Ia merupakan spesies yang paling terancam di Sungai Mekong.

14.Obor Obor


Obor-obor Nomura adalah sejenis obor-obor bersaiz besar, namun ia bukanlah spesies obor-obor paling besar kerana ianya milik Lion's mane jellyfish. Ia mampu membesar sehingga 2 m diameter dan seberat sehingga 200 kg. Boleh dimakan tetapi tidak dianggap sebagai santapan berkualiti tinggi dan boleh dijumpai di perairan Jepun.

15.Tapak Sulaiman



Penemuan tapak sulaiman gergasi ini oleh ahli-ahli sains di perairan Antartika pada tahun 2008 lalu.

16.Ketam Labah-labah



Ketam labah-labah Jepun ialah spesies ketam laut yang hidup di perairan sekitar Jepun. Ia mempunyai jarak bukaan kaki terbesar, mencapai sehingga 3.8 m (12 kaki) dan berat sehingga 19 kg. Ia telah lama menjadi ruji para nelayan Jepun menyebabkan kepada beberapa langkah pemeliharaan.

17.Ketam Kelapa




Ketam kelapa atau coconut crab adalah sejenis ketam darat bersaiz besar yang berkemampuan memanjat pokok. Ia makan bangkai dan tumbuh-tumbuhan. Kuku penyepitnya begitu kuat hinggakan mampu untuk menebuk tempurung buah kelapa.

18. Lembu


Diberi nama Trigger, lembu tenusu ini bernasib baik daripada ditembak oleh tuan sendiri pada hari ia dilahirkan disebabkan tuannya merasakan bilangan lembu jantan sudah mencukupi ketika itu. Dengan 6.5 kaki tinggi, 14 kaki panjang dan lebih daripada 1 tan berat, dianggarkan ia boleh menghasilkan 7665 burger Big Mac (ketika Trigger berusia lingkungan 7 tahun, 2010).

Post a Comment

0 Comments