14 Kisah Haiwan Menakjubkan Yang Menyelamatkan Nyawa Manusia



Haiwan merupakan teman baik manusia. Haiwan memberikan kita emosi yang positif dan setia kepada tuannya. Dan ada haiwan yang ikatan persahabatan dengan manusia sangat kuat sehingga bergadai nyawa menyelamatkan manusia.

Ini merupakan 14 Kisah Haiwan Menakjubkan Yang Menyelamatkan Nyawa Manusia

The Lion Queen


Kisah menakjubkan ini berlaku kepada budak 12 tahun di Ethiopio. Budak itu telah dikurung oleh empat orang lelaki yang memukul dan memaksa budak itu untuk berkahwin

Apabila pihak polis akhirnya berjaya menemui tempat di mana budak itu dikurung, penjenayah cuba untuk melarikan diri dengan budak itu sebagai tebusan. Walaubagaimanapun, mereka di kepung oleh 3 ekor singa betina yang menyerang mereka dan penjenayah itu lari meninggalkan budak itu. Singa itu sangka yang budak itu merupakan anak Singa yang menangis, 3 ekor singa itu menjaga budak sehingga pihak polis tiba.

Si Penyelamat Mila



Orang kata yang haiwan ni ada sixth sense dan tahu bila ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.

Semasa satu pertandingan menyelam, salah satu peserta mengalami kekejangan kaki dan tidak dapat bergerak. Pertanding menyelam itu dijalankan di sebuah tanki air yang dalam, dipenuhi dengan Ikan paus dan air yang sejuk.

 Kelengkapan menyelam seperti tangki oksigen juga tidak disediakan. Kaki Yang Yun yang kejang menyebabkan dia tidak dapat bergerak dan mula tenggelam pada kedalam 20 kaki.  Ikan paus yang ada dalam tangki itu bernama Mila the Beluga menyedari sesuatu yang buruk sedang berlaku dan bergegas menyelamatkan Yang dan menolaknya ke permukaan. 

Perlindungan Ikan Paus



Nan Hauser, Pakar Biologi Ikan Paus sedang menyelam di lautan Pasifik sambil menjalankan kajiannya secara tiba-tiba dia dihampiri oleh Jerung Harimau. Salah satu daripada Ikan Paus kajiannya yang juga terkenal untuk melindungi spieses lain di laut telah melindunginya dari Jerung harimau tersebut.

Ikan Paus itu melindungi dan membawanya ke tempat yang selamat. 


Gajah Datang Menyelamat



Kawan baik akan sentiasa di belakang kau walaupun tak ada apa-apa ancaman

Bayi Gajah di Thailand ini menyangka bahawa tuannya dalam kesusahan apabila dia memangil Bayi Gajah itu dengan kuat. Bayi Gajah yang bernama Kham La tidak berfikir panjang dan memeluk tuannya itu dan melindungi dari ancaman.

Kepekaan Arnab



Mr Steggal pada ketika itu sedang menonton TV dengan isterinya dan tiba-tiba tidak sedarkan diri. Isterinya ingat dia cuma tertidur namun Arnab peliharaan mereka yang bernama Dory merasakan ada sesuatu buruk sedang berlaku. Dory melompat ke arah Mr Steggal dan Melompat-melompat dengan panik sehingga isterinya perasan. Isterinya dengan segera memanggil ambulans dan Mr Steggal nyawa telah diselamatkan oleh si kecil ini.


Anjing VS Ular



Khan yang merupakan anjing Doberman membahayakan nyawa unuk menyelamat anak tuan yang masih bayi dari serangan ular. 

Khan The Doberman merupakan anjing yang baru diambil dari pusat perlindungan haiwan 4 hari sebelum kejadian itu berlaku. Pada waktu kejadian anjing itu bermain dengan anak tuannya di luar rumah. Khan perasan ada seekor ular berbisa bersama mereka di luar rumah. Khan cuba untuk menolak bayi itu pergi namun tidak berhasil. Khan akhirnya mengigit dan menarik bayi itu 1 meter jauh dari ular tersebut. Charlotte selamat tetapi Khan telah digigit. Ibu Charlotte yang masa itu berada dalam rumah dengan segera menelefon doktor haiwan. 

Kambing Peliharaan



Seorang budak bernama Abigail mendapat hadiah seekor kambing yang dinamakan Speedy. Pada satu hari Speedy dan Abigail tidur di ruang tamu. Speedy terhidu bau asap dan melompat-melompat di atas dada Abigail untuk membangunkannya. Abigail bangun dan menyedari yang rumah dipenuhi asap. Dia memanggil kedua ibu bapanya dan mereka melihat Garaj mereka sedang terbakar.

Singa VS Beruang



Robert Biggs, seorang pendaki gunung yang berpengalaman sedang mengembara di hutan California dan ternampak seekor Beruang dengan Anaknya. Robert berhenti sekejap untuk melihat Beruang itu namun secara tiba-tiba seekor Singa Gunung menerkamnya dari belakang. Robert bernasip baik kerana singa itu cuma dapat menerkam beg galasnya. Walaupun begitu, tanpa apa-apa kelengkapan dia tidak mungkin selamat dari Singa Gunung itu. 

Beruang terlihat kejadian tersebut dan datang menyelamatkan Robert. Pendaki itu cuma mengalami

Gajah Tsunami


Semasa berlakunya salah satu bencana alam terbesar dunia di Thailand pada tahun 2004, Amber Owen sedang bercuti di negara itu. Satu pagi, Amber sedang menaiki Ning Nong, seekor gajah tunggangan. Hari kelihatan tenang tetapi secara tiba-tiba Ning Nong melarikan diri dari laut. Amber pelik kelakuan Gajah tersebut dan pada masa yang sama dia terlihat satu ombak besar sedang menuju ke arah mereka. Ning Nong berjalan sepantas yang boleh melarikan diri dari ombak tersebut. Ning Nong membawa Amber ke satu tempat yang selamat dimana dia boleh berjumpa dengan keluarganya semula. 

Naluri Keibuan Gorilla



Seekor budak terjatuh ke dalam sangkar gorilla di Zoo Brookfield. Caring Binti Jua yang merupakan seekor Gorrila betina di dalam sangkar itu mengangkat kanak-kanak itu dengan lemah lembut dan melindunginya dari Gorilla yang lain. Penjaga Zoo kemudian mengambil budak itu dari Caring Binti Jua. Budak itu tidak mengalami kecederaan yang serius.

Kucing dalam Kotak



Seorang bayi yang baru lari ditinggalkan di Jalanan di Russia. Bayi ini mungkin akan mati kesejukan kalau kucing yang bernama Masha tidak menyelamatkannya. Orang tempatan terdengar Masha membuat bunyi bising dan terkejut apabila melihat Masha bersama dengan seorang Bayi.

Perlindungan Ikan Lumba Lumba




Seorang Perenang British Adam Walker sedang dalam marathon 8 jam di Lautan Pasifik. Dia terserempak dengan Jerung Putih yang sedang menuju kearahnya. Sekumpulan Ikan lumba-lumba yang sedang berenang berdekatan dengannya ternampak situasi merbahaya tersebut dan melindunginya dari Jerung Putih itu dan mengikutnya berenang bersama selama sejam.


Ikan lumba lumba terkenal dengan kisah menyelamatkan orang yang lemas. Ikan lumba lumba mampu untuk mengesan bahaya.


Burung Kakak Tua




Willie, seekor burung Kakak Tua sedang sarapan bersama dengan keluarganya. Secara tiba-tiba, Hanna, anak perempuan tuannya tercekik makanan. Willie kemudiannya menjerit "Mama", "Baby" dengan sangat kuat dan Tuannya bergegas ke tempat anaknya yang tercekik tu.


Willie telah mendapat anugerah Animal Lifesaver Award by the Red Cross.

The Lion Pride



Kevin Richardson mempunyai keluarga yang besar. Selain dari isteri dan dua anaknya, dia memiki tempat perlindungan haiwan di Afrika untuk Singa, Hyenas dan Harimau bintang. Kesemua haiwan dalam tempat perlindungan ini sangat mesra dengan Kevin. 



Hubungan persahabatan yang erat antara Kevin dengan haiwan dalam tempat perlindungan itu mengagumkan pelawat dan Zoologi itu sendiri. Kevin percaya yang haiwan faham dia tidak merbahaya kepada mereka dan itulah sebab haiwan-haiwan itu mesra kepadanya. 



Post a Comment

0 Comments