11 Wasiat Paling Aneh dan Luarbiasa Dalam Sejarah Dunia



Surat wasiat adalah sesuatu yang serius. Surat ini akan menjelaskan bagaimana seluruh harta kekayaan akan dibahagikan setelah kematian mereka. Namun ada beberapa kes, surat wasiat mengandungi kata-kata terakhir dari seseorang yang telah pergi. Kadangkala wasiat itu bukan hanya dalam bentuk surat namun dalam benda lain seperti buku komik.

Ini merupakan 11 Wasiat Paling Aneh dan Luarbiasa Dalam Sejarah Dunia

1. Buku komik Yang Mengandungi Abu penciptanya


Penyunting buku komik Marvel Mark Gruenwald yang mempunyai impak yang besar terhadap komik Captain Amerika dan Iron Man sangat menyukai kerjanya. Pada surat wasiatnya, Mark meminta agar pihak Marvel mengeluarkan Buku Komik yang mengandungi Abu mayat sebagai tanda yang dia ingin kekal bersama komik-komiknya.

2. Katil Kegemaran Shakespeare


William Shakespeare merupakan penyajak dan terkenal dengan cerita paling romantik di dunia iaitu Romeo dan Juliet. Walaupun begitu, Shakespeare rupa-rupanya tidak begitu romantik di dunia sebenar. Dalam wasiatnya, dia cuma memberikan isterinya, Anne Hathaway katil kedua kegemarannya sedangkan anak perempuan mewarisi kesemua harta kekayaan milik beliau.


3. Makan Malam Untuk Si Mati



John Bowman merupakan seorang bangsawan kaya dari Vermont yang mempercayai adanya kehidupan selepas mati. Vermont telah kehilangan isterinya dan dua orang anak perempuannya dan Bowman percaya yang disaat kematiannya dia akan bertemu semula dengan anak dan isterinya.

Pada wasiatnya, Bowman telah menyediakan dana sebanyak $50,000 untuk menjaga rumah agam 21 bilik itu dan memastikan agar makan malam disediakan tiap-tiap malam dan kepercayaan bahawa mereka sekeluarga mungkin akan datang pada suatu hari dan kelaparan. Wasiat itu dijalankan sehingga tahun 1950.  

4. Gendang yang diperbuat dari Kulit si mati



S. Sanborn merupakan seorang pembuat topi dari amerika yang menjalani kehidupan normal. Dia meninggal dunia pada tahun 1871 dan mengejutkan semua orang yang mengenali dirinya. Pada wasiatnya, Sanborn menyuruh kawannya untuk membuat gendang menggunakan kulitnya. Gendang itu di bawa ke bukit Bunker setiap tanggal 17 Jun untuk dimainkan.

5. Wasiat Paling Romantik



Cinta sejati takkan pudar. Wasiat seorang pelawak Popular Jack Benny adalah untuk Jandanya diberikan bunga Ros setiap hari sehingga Jandanya itu meninggal dunia. 

6. Komunikasi dari Alam Kubur



Harry Houdini, seorang Ahli Silap mata terkenal membuat satu Wasiat aneh. Houdini meminta istrinya untuk selalu menghubunginya di alam kubur dengan melakukan satu ritual untuk memanggilnya pada setiap tahun.

7. Wasiat terpanjang dalam sejarah


Frederica Stilwell Cook terkenal dengan Wasiat terpanjang dalam sejarah manusia. Frederica meninggal dunia pada tahun 1925 dan meninggalkan wasiat yang mengandungi 1066 muka surat dan 95,940 patah perkataan.

8. Anjing Paling Beruntung



Leona Helmsley yang merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal dengan gelaran 'Queen of Mean' merupakan seorang pencinta Anjing. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 2007, dia telah membuat wasiat yang 12 juta Dollar hartanya itu diberikan kepada anjing kesayangannya, Trouble.

9. Nombor Rawak.



Apabila Luis Carlos, seorang bangsawan kaya dari Portugal meninggal dunia, dia meninggalkan kesemua hartanya kepada 70 orang asing di Lisbon. 70 orang itu dipilih secara rawak menerusi Buku Direktori Telefon.

10.  Suami yang Tak Bahagia



Heinrich Heine, seorang penyair Jerman membuat surat wasiat yang aneh. Menurutnya, ia bersedia memberikan seluruh isterinya harta yang ia miliki dengan syarat isterinya menikah lagi. Dengan alasan: agar ada seorang lelaki yang menyesali kematianku nantinya.

11. Wasiat Yang Cukup Cukup Aneh



Wellington Burt, seorang hartawan yang kaya dari Michigan mati pada tahun 1919 dan meninggalkan satu wasiat yang cukup aneh. Dia memberitahu dalam surat wasiatnya bahawa hartanya cuma akan diberikan 21 tahun selepas cucunya yang terakhir meninggal dunia. Tujuan wasiat itu dibuat belum diketahui sehingga ke hari ini.

Cucu terakhir Burt meninggal pada tahun 1989 dan 21 tahun kemudian iaitu pada tahun 2011, 12 saudara jauh Burt telah diberikan 110 juta seorang.

Post a Comment

0 Comments