Lelaki Ini Kumpul Duit Syiling Untuk Biayai Kos Pembedahan Anak Perempuannya




Ada sesetengah orang tidak kisah mengenai baki duit syiling yang dipulangkan ketika membeli barangan keperluan. Namun bagi seorang lelaki ini, setiap syiling amat bermakna dalam menyelamatkan insan yang tersayang.





Gambar Jeric Aquino Trestre sedang duduk di atas lantai dan mengira duit syiling, sementara anak perempuannya, Esang yang sedang tidur berdekatan ayahnya telah menjadi tular di Facebook.



Gambar itu telah dimuatnaik oleh Jenny Sumalpong, seorang kenalan Trestre yang membantu mengumpulkan sumbangan itu telah mendapat perhatian daripada netizen yang prihatin tentang masalah Trestre itu.







Esang yang menderita Biliary Atresia iaitu sejenis penyakit hati dan saluran hempedu yang tidak terbentuk secara normal memerlukan pembedahan dengan segera, namun kemiskinan menghalang mereka untuk membayar kos tersebut.



Mereka yang berasal dari Filipina itu masih mengumpulkan sejumlah wang sebelum melakukan pembedahan di India.


Post a Comment

0 Comments