Kucing sering dilihat sebagai haiwan kesayangan ramai kerana perwatakan mereka yang manja dan comel, tak kurang juga ada yang nakal dan gemar membuat bising.
Namun bagi kucing bernama Kitty ini, kucing ini sangat nakal dan memeningkan kepala pemiliknya kerana gelagatnya yang terlalu aktif. Oleh sebab itu, Kitty kerap kali bertukar pemilik.
Tetapi selepas 5 pemilik menjaganya, kucing itu akhirnya bertemu Noelle Fischer, pemilik baru yang sanggup menjaga dengan penuh kasih sayang.
Noelle Fischer dikatakan melihat sesuatu yang istimewa yang ada pada kucing itu dan sering kali memuat naik gambar dan video si comel itu menerusi akaun Instagram @thekittythecat.
Kini akaun tersebut telah mempunyai lebih daripada 76,800 pengikut yang sentiasa menantikan aksi-aksi nakal kucing itu.





0 Comments