7 Jenis Bekal Makanan Yang Dibawa Oleh Pelajar Sekolah Di Serata Dunia



Makanan tengahari amat penting dalam tubuh badan kita untuk memberi tenaga dan melancarkan sistem imunisasi dalam badan. Bekalan makanan yang seimbang menjadikan badan kita lebih sihat dan cergas. Pelajar sekolah, terutamanya perlu mengambil makanan yang sihat bagi membekalkan tenaga ketika sesi pembelajaran.

Berikut adalah jenis-jenis makanan popular yang disediakan oleh pihak sekolah diserata dunia. Jom kita lihat. Nombor 3 paling rare. 

#1. Korea Selatan


Sistem perancangan makanan sekolah di Korea Selatan adalah salah satu yang terbaik di dunia. Makanan utama yang disediakan oleh pihak sekolah kepada pelajarnya adalah makanan berlauk seperti nasi, sup, seafood dan kimchi. Ini membekalkan tenaga kepada para pelajar untuk meneruskan pelajaran seperti biasa.

#2. Jepun


Hidangan makanan tengahari di Jepun lebih kurang sama seperti Korea Selatan; iaitu makanan berlauk yang dihidangkan bersama nasi dan sup serta makanan laut. Pelajar ini digalakkan untuk makan didalam kelas dan tidak dibenarkan makan dikantin.

3. Amerika Syarikat


Makanan di negara ini sangat wow! Pihak sekolah menyediakan makanan segera (fast food) kepada pelajar kerana majaoriti rakyat dinegara ini gemar makanan tersebut. Makanan seperti pizza, jagung, ayam goreng, nugget dan salad adalah makanan kegemaran pelajar-pelajar sekolah tersebut. 

#4. Thailand


Pihak sekolah di negara ini menyediakan hidangan tengahari iaitu makanan berlauk khinzir masak sos manis yang dihidangkan bersama nasi. Ia juga menyediakan hidangan pencuci mulut seperti puding yang dibalut bersama daun pisang untuk mendapatkan bau yang harum. 

#5. Perancis



Negara ini amat menitikberatkan pemakanan yang sihat kepada pelajar sekolah. Ikan Salmon, bayam, kentang, keju, dan roti adalah hidangan utama. Pelajar dibenarkan pulang kerumah untuk makan tengah hari selama dua jam.  

#6. Israel





Makanan utama Israel adalah gandum. Oleh kerana itu, pihak sekolah menyediakan roti pita kepada pelajar sekolah kerana ia mengandungi karbohidrat untuk memberi tenaga tambahan ketika sesi pembelajaran.

7. Malaysia



Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Nasi lemak merupakan antara hidangan wajib yang terdapat di kantin sekolah. Ia juga membekalkan tenaga kepada pelajar untuk meneruskan aktiviti sekolah dengan aktif dan cergas.

Post a Comment

0 Comments