5 Jenis Penyakit Yang Mungkin Anda Hidapi Jika Suka Tidur Lewat



Malam sememangnya dicipta untuk manusia berehat manakala pagi pula dicipta untuk manusia bekerja. Namun begitu ramai yang suka berjaga hingga pada waktu pagi, walaupun tabiat buruk ini memberi kesan yang buruk kepada badan.

Sesetengah masyarakat ambil endah tidak endah dengan hal ini, oleh itu setiap orang haruslah diberi kesedaran tentang penyakit ini.

Jom kita lihat beberapa penyakit yang mungkin kita hidapi daripada tabiat buruk ini

1. Menganggu Metabolisme




Badan manusia mempunyai sistem yang tersendiri contohnya, pada waktu pagi sekitar pukul 5 hingga 7 pagi adalah waktu untuk membuang air kecil dan besar. Manakala pada pukul 7 hingga 9 pagi adalah waktu untuk usus kecil menyerap nutrien iaitu dengan sarapan pagi. Oleh itu, jika anda masih tidur pada waktu ini kadar metabolisme akan meningkat akibat peningkatan berat badan.

2. Gejala Pening Kepala




Semasa kita tidur cecair Cerebrospine akan mengalir ke otak kita. Semakin lama kita tidur, semakin banyak cecair mengalir ke otak kita menyebabkan kita rasa pening.

3. Penyakit Leukimia




Semasa kita tidur kadar darah putih dalam badan kita akan meningkat, ini boleh menyebabkan leukimia. Kita akan terdedah kepada penyakit ini terutamanya jika kita tidur sekitar waktu 10 hingga 12 pagi.

4. Penyakit Diabetes



Tidur terlalu lama dapat menganggu prestasi badan kita terutamanya tidur selepas makan. Salah satu sistem badan yang terganggu ialah kawalan tahap gula dalam darah  seseorang. Seseorang yang selalu bangun pada waktu petang cenderung mempunyai penyakit ini.

6. Penyakit Jantung


Penyelidikan yang dilakukan oleh jururawat dalam kajian kesihatan menunjukkan bahawa apabila wanita tidur lebih lama hingga pagi terutamanya pada jam 9 hingga 11 pagi berisiko 38% lebih tinggi menghidap penyakit jantung berbanding wanita yang rajin bangun awal pagi.

Post a Comment

0 Comments