seorang gadis berusia 22 tahun dari Hong Kong Sanggup menjalani sebanyak 30 pembedahan plastik untuk menawan hati kekasihnya.
Gadis tersebut, Berry Ng mula melakukan pembedahan plastik seawal usia 17 tahun kerana mahu kelihatan seperti supermodel bara. Namun kini dia menyesali dengan tindakannya itu.
Berry juga mendakwa, dia mula ketagih terhadap pembedahan plastik apabila terlihat pusat kecantikan menawarkan pakej pelajar dengan harga yang berpatutan iaitu sekitar HKD799(RM415) untuk tiga suntikan.
Selepas percubaan pertama, pekerja pusat kecantikan tersebut memujuknya untuk membeli pakej yang lebih mahal iaitu sekitar HKD 17,000 (RM 8,847)
Teruja dengan kesan yang menakjubkan, Berry semakin berani untuk menjalani pembedahan plastik dengan lebih kerap.
Namun, mimpi Berry bermula apabila dia jatuh cinta dengan lelaki yang tua sembilan tahun daripadanya dan teman lelaki itu suka menghina wajahnya serta membandingkan kecantikannya dengan wanita lain.
Tidak tahan dengan hinaan tersebut, Berry nekad untuk jalani 30 pembedahan plastik dalam tempoh 6 bulan antaranya suntikan di dahi, kelopak mata, hidung, bibir dan dagu
"Jika dia(teman lelaki) katakan 'saya cantik' walaupun sekali, baru saya akan berhenti" katanya kepada China Press.
sumber: Nakbebel.com




0 Comments