8 KEMATIAN MENGERIKAN DISEBABKAN OLEH SWAFOTO



Swafoto ataupun selfie ialah trend baru bagi masyarakat seluruh dunia. Masing-masing mempunyai kreativiti dalam menghasil satu gambar terbaik untuk mendapat respons positif terutama daripada pengguna laman sosial .Namun, terdapat banyak kisah mengenai kematian oleh swafoto di seluruh dunia.

Adakah kamu tahu yang swafoto meragut lebih banyak nyawa pada tahun 2015 berbanding serangan ikan jerung. Di mumbai telah mengisytiharkan no selfie zone di beberapa tempat kerana kematian oleh swafoto amat tinggi di negara itu. Di russia pula kerajaan telah mengeluarkan manual untuk penjagaan keselamatan ketika mengambil swafoto. Ini adalah inisiatif diambil oleh pihak berkuasa kerana kurangnya kesedaran masyarakat tentang perkara ini.

Berikut adalah 8 cerita kematian oleh swafoto yang mengerikan


1. LELAKI DIPANAH PETIR



pada july 2015, seorang pendaki telah dipanah petir ketika sedang mengembara di Brecon Beacons National Park, Wales.  Lelaki yang malang itu mati dipanah petir dan dipercayai selfie stick kepunyaanya menjadi konduktor kepada petir itu.


2. WALRUS YANG BERBAHAYA



Seorang bisnesman cina yang bernama Jia Lijun cuba untuk mengambil gambar dengan walrus yang mempunyai berat 1 setengah tan di sebuah zoo di wilayah Liaoning, cina. Beliau cuba pergi dekat untuk mengambil swafoto namun kejadian tidak diduga berlaku apabila walrus tersebut menarik beliau dan penjaga zoo kedalam kolam dan mereka berdua mati lemas. Walrus itu dikatakan cuma ingin bermain-main dengan mereka dan kini video rakaman CCTV itu viral di laman sosial di cina.

3. ARUS DERAS YANG MERBAHAYA



Chezka Agas, pelajar kejuruteraan yang berumur 17 tahun dari filipina telah dibawa oleh arus yang deras disebuah pantai di Bangui Bay ketika berkumpul untuk sebuah majlis harijadi. Beberapa tetamu  majlis itu turut mengalami kecederaan ringan tetapi cuma Agas sahaja yang lemas terkena arus yang deras. Menurut ibunya, Agas amat teruja untuk pergi ke majlis tersebut dan dia cuma dibenarkan untuk pergi dengan alasan untuk menenangkan fikiran. Student engineering tu faham lah.

4. BOM MELETUP


Dua askar russia yang berkhidmat di wilayah selatan siberia cuba mengambil swafoto dengan sebutir bom hidup. Malang tidak berbau, bom itu meletup secara tidak sengaja dan meninggalkan cuma gambar sebelum kejadian dan telefon pintar mereka.

5. ULTIMATE SELFIE


Seorang remaja perempuan romania cuba untuk mengambil satu swafoto yang terunggul untuk diletakkan di facebook. Menurut kawannya, perempuan berusia 18 tahun itu cuba untuk baring di atas kereta api yang tidak bergerak. Kejadian tidak diingini berlaku apabila kaki sebelahnya terkena wayar hidup dan direnjat 27,000 voltan elektrik.

6. SWAFOTO DENGAN SENJATA API



Seorang budak remaja lelaki di india mati tertembak kepalanya sendiri apabila cuba untukcmengambil swafoto dengan pistol ayahnya. Mangsa tersebut, Ramandeep singh dipercayai cuba untuk menekan butang kamera namun sebaliknya menekan picu pistol tersebut. smh.

7. SWAFOTO KETIKA MENERBANGKAN KAPAL


Kejadian itu berlaku pada Mei 2014 apabila penerbang Amritpal Singh hilang kawalan kapal yang diterbangkannya. Perkara ini terjadi apabila dia cuba untuk mengambil swafoto ketika menerbangkan dalam altitud yang rendah. Pilot ini dikatakan pilot amatur dan dia seringkali mengendahkan keselamatan ketika menerbangkan kapal.


8. JAMBATAN TERAKHIR



Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di rusia terjatuh dari jambatan setinggi 30 kaki di St. petersburg. Mangsa bernama Xenia Ignatyeva, seorang jurukamera amatur cuba untuk mengambil perfect shot  tetapi dia kehilangan balance dan jatuh dari jambatan setinggi 30 kaki.

SHARE JIKA ARTIKEL MENARIK

Post a Comment

0 Comments