Sekarang tengah heboh tentang jambatan kaca di China. Banyak gelagat pengunjung jambatan itu divideokan menjadi tatapan umum di facebook. Adakah kamu tahu yang terdapat banyak lagi jambatan yang mengerikan dibina di merata dunia.
Ini adalah 10 jambatan paling menakutkan di dunia
1. Hussaini Hanging Bridge, Pakistan
Jambatan gantung ini kelihatan usang dan jarak diantara satu tapak dengan yang lain tidak begitu meyakinkan. Tasik ada dibawah jadi kalau jatuh pun taklah meninggal terus.
Canopy walk ini lebih selamat berbanding hanging bridge diatas. Mempunyai safety net dan ciri-ciri
keselamatan yang lengkap. Cuma jambatan itu sempit sedikit.
3. Langkawi SKY bridge, Malaysia
Dibuat pada tahun 2004, jambatan ini diciptakan kepada pengunjung dan ianya 700m dari aras laut.
Haa, yang nak try tu boleh datang kat langkawi.
4. Mount Titlis, Switzerland
Merupakan suspension bridge paling tinggi di eropah, mempunyai ketinggian 3000 meter dan terletak di Alps. Dibuka pada 2013 dan berupaya untuk menahan angin kencang dan ribut salji. Pemandangan dari jambatan itu juga menakjubkan. Kalau tengok di gambar pun memang fuhhh.
Jambatan ni nampak biasa-biasa jer. Tapaknya luas, kereta dan motorsikal boleh lalu. Masalah dengan jambatan ni ialah ais dan penghadangnya takda. Itu part yang menakutkan tentang jambatan ni.
6. Millau Viaduct, Perancis
Jambatan ni merupakan jambatan tertinggi di dunia. Jambatan mempunyai ketinggian 343 meters (1125 kaki), lebih tinggi daripada Eiffel tower. Jambatan ini menyambungkan antara Paris dan Montpellier.
7.Quepos Bridge, Costa Rica
orang panggil jambatan ni Bridge of Death, memang petanda bagus la kalau suda nama begitu.
Jambatan ini dipanggil bridge of death disebabkan strukturnya yang bila-bila masa boleh runtuh.
Tapi orang tetap pakai jambatan tu untuk laluan, heran saya.
8. Puente de Ojuela, Mexico
Satu satunya struktur yang masih berfungsi di Ojuela, sebuah penempatan pekerja lombong di Mexico yang sekarang sudah menjadi ghost town. Begitulah hidup pelombong pada masa dulu, terpaksa melalui jambatan itu demi mencari sesuap nasi.
Jambatan ini dibina atas pergunungan Alps. Kamu perlu menaiki kereta cable 9200 kaki tinggi untuk naik jambatan yang taklah terlalu panjang. Tapi pemandangannya memang menakjubkan.
Jambatan ini merupakan tarikan pelancong dan pernah menjadi jambatan tertinggi dunia pada tahun 2001. Selain dari menaiki jambatan, ada banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti rafting, zoo, skycoasters dan banyak lagi.
SHARE ARTIKEL












0 Comments